Psycheupp@Work

Psycheupp@Work

Monday, October 18, 2010

Mukaddimah
Assalamualaikum...telah terlalu lama aku tidak menulis..hari ini aku menulis kembali..mengasah dan mengilap semula segala aspek linguistik yang masih aku miliki setelah Tragedi 30 OKTOBER 2010 yang membawa banyak hikmah dalam hidupku..Catatan suara hati ini sekadar monolog dalaman agar diri ini tenang selepas kuzahirkan segala yang terdetik dalam mindaku yang masih samar ini. Pertamanya..lafaz syukurku kehadzrat Illahi kerana hingga ke saat ini aku masih bernafas meskipun banyak kesangsaraan fizikal dan mental yang perlu kutanggung selepas keretaku dirempuh oleh sebuah kereta Sutera hitam yang melayang dari arah yang bertentangan terbang merentasi pembahagi jalan di highway Pricinct 16 Putrajaya ketika aku mahu pulang dari pejabat. Masihku ingat detik itu, jam menunjukkan pukul 4.45 petang. Aku baru sahaja dijemput oleh adikku Raja K RMK (anak kepada Mak Ungku J yang memeliharaku saling tak tumpah spt anaknya sendiri..alhamdulillah)yang baru pulang dari UPM bagi menyiapkan Ph.D keduanya. (Sesungguhnya dia adalah adik yang amat baik dan bertanggungjawab selain drp layak digelar scholar sejati kerana telah mendapat dua degree, tiga master dan bakal meraih ph.d kedalam usia yang masih muda.)

Hari Pertama Di HOSPITAL PUTRAJAYA
Aku sempat menjerit menyebut " dikkkkkk keretaaaaa dari sebelahhhh!" sebelum pandangan dan deria nrasaku di matikan sekita oleh Allah SAW (sesungguhnya jika tidak berlaku sedemikian pastinya sampai kesaat ini aku akan trauma ketika melihat sebarang kereta di jalan raya. Seterusnya aku hanya sedar orang bertanya sayup sayup kedengaran " minta kebenaran untuk gunting blazer puan ye?" dan aku cuba mengangguk lemah.Aku kembali tidak sedar..sehingga aku terdengar suara lembut menegurku.."Tahu tak puanimana?" Aku cuba menggelengkan kepala, namun tengkukku amat sakit dan terasa ada benda keras menghalang pergerakan. Aku ingat tika aku bertanya "Dimana ni?" Begitu penat dan sakit seluruh tubuh aku rasakan. "tahutak waktu bila ni, puan?" tanya suara itu lagi. Aku ternampak budak muda seperti seorang doktor layaknya. Aku terus bertanya 'pukul berapa sekarang?" dia menjawab pukul 11 malam. "Ya Allah kan tadi aku baru balik dari bekerja. Pandangankku kembali gelap. Bila aku sedar semui la aku terasa seluruh badanku terasa renyuk. Kedua dua kakiku amat berat. Begitu juga tangan kiriku. Aku pun bertanya " kenapa tangan ni berat? Kenapa kaki8 ni berat" tiba-tiba ku terdengar suara Mak (Mak Ungku) " Patah ak..letak simen tulah berat". "Macamana emak ada disisi , emak kan di JB? Otakku tidak lagi upaya memproses apa apa maklumat. Apakah komputer mindaku jammed? OMG..It does not compute.
Pandanganku kembali gelap.......aku terlena dalam kesakitan yang amat sangat.
Hari ke Dua
Malam itu entah berapa kali aku diambil darah dan di check tekanan darah ku..rasanya paling tidak pun empat kali ..jam 9,11 , 3 jam 5..Jam 5 nurse datang untuk tukar cadar...aku masih dalam keadaan separa sedar. Bila aku sedar kulihat seorang Dr. yang amat muda (dalam lingkungan 24 tahun)berdiri disisiku..sebesar anak angkatku Aping dan Ai Mie yang masih menuntut di UPM dalam bidang kejuruteraan dan arkitek. Dr. yang kurus, putih, berambut panjang itu memperkenalkan dirinya sebagai Dr Asther. Dia menjelaskan keadaanku. Kaki kananku dan tangan kiriku patah.Aku terus mbertanya keadaan adikku. Rupanya adik berada dikatil dihujung kakiku. Aku cuba melihat wajahnya. Macam biasa. Dia tampak tenang. Adikku sering tenang sebagaimana sakit sekalipun.Itu yang aku kagumi. Alhamdsulillah..dia selamat.Dr. Asther bertanyakan itu dan ini..aku cuba menjawab sedaya upayaku..dia bertanya tentang kerjaku..aku ..malangnya aku tidak ingat apa yang kujawab.`Selepas DR Aster pergi aku bertanya apa yang berlaku kepada mak. Mak menjelaskan bahawa ada kereta terbabas melintasi pembahagi jalan lalu menghentam keretaku...kemudian keretaku berpusing ik lalu dihentam oleh dua buah kereta dari belakangku. Aku terpererosok dibawah dashboard..Sebentar kemudian aku didatangi sekumpulan doktor.Yang aku dengar Dr.Asther memperkenalkan aku kepada mereka.." This is Dr. Norzah... she involved.....bla bla bla..." Terlalu banyak soal jawab..kenapa mindaku tidak cergas menangkap seperti biasa? Ahhhhhhhhhhhhh!
Tengahari itu begitu ramai orang berkunjung dan aku begitu rancak menerangkan keadaanku ..sebenarnya ketika itu aku masih LALOK....*Sebenarnya ketika ini pun masih banyak yang aku lupa...Kepalaku sering pusing seperti roller coaster dan tiba -tiba brek...dan aku tercampak rasanya... Adakalanya berpusing seperti globe..dalam keadaan yang lain pula aku seolah olah berada diatas jongkang jongket gergasi..OMG!(bersambung)