Psycheupp@Work

Psycheupp@Work

Tuesday, June 21, 2011

Sama tapi......

Sometimes I felt too old, though my needs just like teens .... kekkeek... and that make me whisper to myself


“Oh! Begini rasanya melalui usia menjelang tua..”


Too many things I remember.... too many pictures in my mind... and that make me rindu..rindu yang amat rindu..rindu yang amat dalam..ingatan yang amat segar…


Sometimes....... I search and look back for old good times....but.… bukan semuanya masih serupa. Bukan semuanya masih sama utuh seperti dahulu..banyak yang berubah…


And this make me understood the meaning of Malays peribahasa “anak sungai lagikan berubah”.


(cakap melayu laa yo)


Tapi itulah hakikatnya MANUSIA..manusia mengalami perubahan..sejak lahir..dibedung dikelek, menangis, ketawa, meniarap, merangkah, bertatih dan berjalan….terus berkembang..terus belajar..sesungguhnya proses pembelajaran itu adalah proses sepanjang hayat..


Pelbagai perkara yang ditempuh dalam hidup..yang pahit, yang manis, yang indah, yang melukakan..apapun semua itulah mencorak seseorang insan menjadi seadanya mereka pada hari ini…anggaplah mereka berubah akibat persekitaran dan pengalaman yang dilaluinya..


Janganlah bersedih…Yang penting aku..aku mesti berubah..berubah ke arah yang lebih baik…Tebus kembali dosa-dosa zaman nakal ku, zaman remaja..( teman-teman…khilaf yang lalu kupohon keampunan ..doakan aku ke arah yang lebih baik..Tidak sombong..ikhlas.. menjadi manusia yang lebih berguna..dan semakin mendekati-Nya…sesungguhnya dedaun pohon di Loh Mahfuz milikku berguguran satu persatu ditelan usia..Begitulah kata orang tua-tua..).



Aku bersyukur kerana adanya seorang psikologis dirumahku .. Psikologis peribadi (dan psikologis kerajaan) yang jauh lebih muda tetapi matang dalam pertimbangannya apabila berbicara baik soal insan mahupun ketuhanan (Syukur Alhamdulillah..Terima kasih Dik). Menyambung bicara tentang rindu, ada kalanya aku jadi keciwa kerana perkara yang berlaku tidak seperti yangku harapkan..


Misalnya aku mengingati zaman kanak-kanakku..aku berusaha mengesan kawan-kawanku..namun ada diantaranya apabila ku temui dia sudah tidak sama seperti dahulu..jauh berubah..tiada lagi mesra..tiada lagi taw aria..segala-galanya asing..seperti aku tidak pernah dikenalinya.. seolah-olah aku tidak pernah hadir walau sekelumitpun dalam sejarah hidupnya…Ah…menyesalnya aku meluangkan masa mengingatinya….Tika itu psikologisku berkata…


“ Usah dikesal..usah dikeluh..kerana pengalaman mengubah manusia….Awak selalu menjaga segala memori sedari kecil umpama menatang minyak yang penuh. Kamar memori mu terjaga rapi sehingga tidak ada sekelumitpun memori itu yang terpinggir..semuanya begitu terjaga umpama difilemkan. Tidak tercalar..tidak tercemar. Itu kelebihanmu.. Bukankah saya telah katakan dahulu, dirimu insan mempunyai photographic memory yang kuat..gambar-gambar yang terakam begitu jelas….


Simpanan filem filemmu begitu sistematik dan terurus, mudah dicari, mudah diteliti dan kau tayangkannya berulang-ulang sehingga menjadi NOSTALGIE….sedangkan orang lain telah kehilangannya..atau mungkin dia telah merakamkan filem yang lebih signifikan seketiadaanmu dan men’delete’ filem lama yang kurang justifikasinya…atau apa mungkin pengalaman menjadikan mereka tidak lagi sama seperti sebelumnya..Terimalah hakikat itu….”


… Dan aku pun terkulat-kulat..berusaha untuk menerima itulah HAKIKATnya..



Tuesday, June 14, 2011